Dulu, Ibu ini gagal menyusu kesemua anaknya kerana masalah kurang ilmu & puting tenggelam. Malah, bayi pula masalah keliru puting.

Akhirnya, ibu ini berjaya banyakkan susu & menyusukan anaknya secara terus (direct) selepas 12 hari belajar melalui ilmu praktikal di dalam ebook ini!

1

Ibu ini dulunya gagal menyusu kesemua anak-anaknya sebelum ini kerana kurang ilmu dan masalah puting tenggelam. Malah, anak yang ke-4 pula bermasalah susu kurang & keliru puting.

Tetapi, akhirnya dia berjaya menyusukan anaknya yang ke-4 selepas belajar ilmu praktikal melalui Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

Oleh: Aisyah Samat

(Penulis ebook penyusuan & kaunselor penyusuan bertauliah)

1) Puan Syuhada ialah salah seorang ibu yang telah saya berjaya bantu untuk berjaya menyusukan anak. Masalah puan ini boleh dikatakan agak “berat” dan memang buatkan ramai ibu rasa stress dan down hingga boleh gagal susukan anak dengan susu ibu.

2) Ketika beliau hubungi saya, bayinya sudah berusia 2 bulan 4 hari. Masalahnya selepas bersalin ialah, susu tidak keluar dan dia terpaksa bagi bayi minum susu formula memandangkan bayi pun kuning lepas lahir.

Apabila susu beliau sudah banyak, baby sudah tidak mahu menyusu badan secara direct dan lebih minat lagi minum susu dalam botol.

Sekarang, beliau sudah menyusu bayi sepenuhnya dengan susu ibu (fully breastfeed) cuma masalahnya beliau akan mula bekerja lagi 3 minggu.

Dia risau susu akan berkurang dan tidak sempat menyiapkan stok susu ibu memandangkan terpaksa pam untuk sepanjang masa (24 jam) untuk bagi bayi minum pakai botol.

Sekarang pun beliau masih pam 5-6 kali sehari tetapi susu beliau masih tidak meningkat. Kadang-kadang pam pun dapat sikit sahaja, dapat 1 oz. Ini memang buatkan dia rasa kecewa.

Ini pula anak ke-4 Puan Syuhada, anak-anak sebelum ini gagal menyusu kerana kurang ilmu penyusuan dan masalah puting tenggelam.

Kali ini, Puan Syuhada benar-benar nekad mahu berjaya menyusukan anak ke-4 dengan susu ibu sehingga 2 tahun.

Jadi, dia telah mendapatkan Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

puting-tenggelam

3) Setelah Puan Syuhada belajar ilmu penyusuan yang praktikal dalam ebook, dibimbing oleh kaunselor penyusuan untuk membanyakkan susu dengan teknik dan cara yang betul, barulah susu beliau mula banyak.

Ada plan action yang disertakan sebagai panduan dan tindakan selepas belajar melalui ebook.

Selepas beberapa hari, beliau bagitahu saya yang susunya sudah meningkat 4 kali ganda, setiap kali pam susu dapat 4 oz. Kalau dulu, nak dapat 2 oz pun rasa susah sangat.

Rahsianya? Apa rahsia tiba-tiba susu dia jadi banyak? Takda rahsia pun..

Puan Syuhada hanya ikut jadual pam yang efektif (pam 6 kali sehari dengan mudah dan pantas tanpa penat) beserta list pemakanan susu banyak dan berkualiti yang saya sediakan.

Jadi, bila susu badan sudah banyak. Barulah lebih mudah untuk latih bayi menyusu. Penting nak banyakkan susu sebab susu ini nanti akan jadi “reward” pada baby waktu kita nak latih baby menyusu.

Sebab baby dah suka botol (keliru puting), jadi baby dah biasa flow susu dalam botol lebih laju. Kalau susu di breast sedikit dan slow memang baby mengamuk dan menangis tak nak hisap.

1

4) Akhirnya, selepas 12 hari beliau belajar & praktiskan ilmu dalam ebook, akhirnya bayinya telah berjaya menyusu secara terus (direct) dan susu beliau juga semakin banyak hingga berjaya simpan 50 botol stok susu.

Antara teknik yang beliau praktiskan ialah oral stimulation iaitu mengajar bayi menjulurkan lidahnya keluar, skin-to-skin, mengubah mindset bayi bahawa nak dapatkan susu perlu keluarkan lidah, buka mulut yang luas dan menghisap kuat, barulah bayi boleh menghisap di payudara.

Ini kerana, bayi keliru puting sudah biasa hisap botol, mulutnya hanya buka kecil dan lidahnya kedalam serta tidak perlu hisap kuat. Hal ini yang penting untuk ibu latih (train) pada bayi.

Semoga kisah Puan Syuhada ini menjadi inspirasi kepada ramai ibu yang mempunyai masalah sama seperti beliau untuk tetap berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun walaupun bermasalah puting tenggelam.

syuhada2

Adakah anda ibu yang mempunyai masalah penyusuan seperti Syuhada? Izinkan saya membantu anda.
puting-tenggelam

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK!ebook-pt1